Adakah Anda Sedang Alami Masalah Aircond Tak Sejuk ?
Jika aircond tak sejuk,anda dinasihatkan supaya “off” aircond tersebut.Ini kerana aircond tak sejuk boleh menyebabkan kerosakan pada part lain jika terus digunakan.Call technician aircond anda segera.
Ramai yang tak tahu,jika aircond tak sejuk dibiarkan “On” boleh menyebabkan kerosakan lebih teruk.Antaranya ialah compressor aircond.Jika anda ada di area Kl & Selangor, kami boleh bantu. Klik SINI
Selalunya bila aircond tak sejuk mesti aircond dah lama tak servis. Biasa kami jumpa ada yang sejak beli aircond tak pernah servis. Ada yang 2 tahun,3 tahun,5 tahun tak pernah servis pun ada. Sebenarnya kita dah rugi banyak bila kita tak servis aircond. Aircond yang kotor menyebabkan bil elektrik kita akan naik mendadak. Aircond pun ada risiko untuk rosak jika dibiar berterusan.
Sebab #Pertama Kenapa Aircond Tak Sejuk
Masalah Pemasangan Aircond
Pemasangan tidak mengikut standard yang ditetapkan.Unit outdoor dipasang di tempat yang tidak sesuai.Tiada pengaliran udara yang baik.Saiz copper pipe yang tidak tepat digunakan.Kes ini selalu terjadi apabila rumah baru yang sudah tersedia copper pipe dalam dinding. Nak tukar copper kos tinggi
Sepatutnya copper tersebut untuk aircond 2hp,tetapi dipasang aircond 1hp.Masalah ini selalunya disebabkan owner rumah sudah membeli aircond tanpa merujuk pada technician aircond yang bertauliah.
Sekarang ni ramai technician yang pasang aircond tidak ikut SOP yang betul. Semasa pemasangan unit aircond perlu di “Vacuum” systemnya sebelum running, tetapi ramai yang tidak buat dengan alasan malas @ tiada mesin vacuum.
Sebab Kedua Kenapa Aircond Tak Sejuk
Gas Air Cond Habis Atau Tidak Mencukupi
Masih ramai yang tidak faham,bahawa gas air cond tidak akan kurang sekiranya tiada kebocoran.Sekiranya aircond anda kurang gas,ini bermakna ada kebocoran.Antara sebab bocor ialah:-
1) Nut Tak Ketat
2) Nut Pecah Semasa Pemasangan
3) Sambungan copper pipe pecah
4) Service Valve Rosak
5) Cooling Coil bocor.

Sebab-sebab diatas berkait rapat dengan kurangnya pengalaman dalam pemasangan aircond.Banyak kes terjadi,client complaint aircond tak sejuk walaupun tak sampai sebulan dipasang.
Selepas diperiksa,aircond tersebut tiada gas atau tidak mencukupi. Pastikan technician aircond anda cari punca bocor, jangan hanya sekadar topup gas sahaja.
Saya ada kongsikan artikel mengenai “Adakah Gas Air cond Habis Punca Tak Sejuk“.
Sebab Ketiga Kenapa Aircond Tak Sejuk
Horse Power(HP) Aircond Tidak Cukup

Bilik yang perlu aircond 2hp jika dipasang aircond 1hp sudah tentu bilik tersebut tidak sejuk.Untuk menentukan bilik tersebut perlu dipasang aircond berapa horse power(HP),anda perlu panggil technician aircond yang bertauliah.
Ini kerana,terdapat beberapa formula untuk menentukan kapasiti aircond yang bersesuaian.Bukannya sekadar agak-agak sahaja.Aircond yang tidak cukup horse power(HP) bukan sahaja tak sejuk,malah boleh menyebabkan bil elektrik tinggi.
Jika anda tidak tahu bilik anda perlu berapa Hp aircond yang sesuai, anda boleh hubungi kami untuk bantuan. Ukur saiz bilik anda dalam unit kaki, bagi pada kami, biar kami yang tolong kira berapa hp aircond yang sesuai untuk rumah anda.
Sebab Keempat Kenapa Aircond Tak Sejuk
Tidak Pernah Bersihkan Penapis Udara @ Filter Setiap Bulan
Tahukah anda,filter pada aircond itu perlu dicuci setiap bulan.Caranya sangat mudah,anda hanya perlu tanggalkan dan cuci.Selepas itu keringkan dan pasang semula.
Filter yang dipenuhi habuk akan menyebabkan aircond tak sejuk.Perlu diingatkan juga,setahun sekali aircond anda perlu buat service chemical cleaning.

Sebab Kelima Kenapa Aircond Tak Sejuk
Capacitor Atau Compressor Yang Rosak
Compressor aircond ini serupa jantung pada aircond.Jika ianya rosak,aircond anda akan menjadi tidak sejuk.Compressor aircond tidak boleh dibaiki,ianya hanya boleh ditukar ganti dengan yang baru.
Tetapi selalunya capacitor compressor sahaja yang rosak.Kos tukar capacitor jauh lebih murah berbanding kos tukar compressor.Jadi,untuk memastikan part apa yang rosak,anda perlu panggil technician aircond yang berpengalaman.
Kos untuk menukar compressor ini sangat mahal.Sebab itu,rata-rata kilang memberikan warranty 5 tahun untuk compressor aircond sahaja.Ada juga yang beri 7 & 10 tahun warranty.
Antara sebab compressor aircond rosak ialah:-
1) Gas tiada,tetapi aircond dibiarkan hidup
2) Tidak membuat major servis
3) Aircond salah pemasangan
Pastikan aircond anda diselenggara oleh technician aircond yang bertauliah.Carilah technician dari syarikat yang berdaftar jika anda tidak mahu kerugian di masa akan datang.
Sebaiknya terus call technician anda sekiranya aircond tak sejuk.Off kan aircond sehingga technician tiba untuk membuat pemeriksaan. Nak bantuan kami?
Boleh Klik SINI
