Adakah Gas Air cond Habis Punca Tak Sejuk?

GAS AIR COND NI AKAN HABIS KE?

Selalunya bila aircond dah tak sejuk mesti ingat gas air cond habis. Selalunya Aircond tak pernah servis atau dah lama tak servis.

Rata-rata kes yang kami temui, beritahu last servis air cond tahun lepasla,sejak beli tak pernah servisla,dan yang paling dasyat tak ingat bila mereka kali terakhir servis aircond.

Aircond kurang sejuk ni salah satu sebabnya ialah “Gas Air Cond”.Selalunya bocorla. Samada memang dari asal pemasangan ataupun ada nut pada aircond yang tidak ketat.

Pernah juga terjadi selepas servis aircond anda rasa tak sejuk selepas beberapa hari.Kes begini biasanya disebabkan nut tidak ketat ataupun terlebih ketat sehingga merosakkan copper aircond tersebut.

Ianya mungkin juga cooper pipe pecah dan sambungan pipe yang tidak kemas,ada juga kes yang berlaku kebocoran berlaku pada evaporator aircond.

Jika aircond anda terdapat kebocoran pada evaporator coil,kami cadangkan tukar baru sahaja.Kes seperti ini selalu nya unit dah lama,sebaiknya tukar aircond baru sahaja.

gas air cond takkan habis jika tiada kebocoran

GAS AIR COND TAKKAN HABIS SEKIRANYA TIADA KEBOCORAN

Jika anda tinggal di sekitar Shah Alam,boleh gunakan khidmat aircond service shah alam tengok SINI

Sebenarnya,masih ramai yang menganggap setiap kali servis aircond perlu topup gas air cond.

Untuk pengetahuan anda,Gas Air cond ni tidak akan habis sekiranya tiada kebocoran.

Ha ! Mesti anda terkejut kan? Gas aircond anda itu hanya akan berkurang atau habis sekiranya ada kebocoran sahaja.

Aik,bukan kena topup gas aircond ke?Aircond saya dah kurang sejuk?

Tak perlu ! Gas aircond bukannya petrol atau gas memasak yang bila kita dah guna akan habis.

Adakah anda pernah topup gas peti ais rumah anda?

Aircond anda tak sejuk ada banyak sebab,bukan hanya sebab gas sahaja.Lagipun jika aircond anda berlaku kebocoran gas,technician aircond perlu cari punca bocor dan repair.Kemudian barula topup gas aircond.

perlu ke topup gas setiap kali buat servis aircond

PERLUKAH TOPUP GAS SETIAP KALI SERVIS AIRCOND?

Jawapannya ialah tidak perlu topup gas setiap kali servis aircond. Sekiranya technician aircond anda hanya topup gas aircond sahaja masalah tidak akan selesai.

Esok lusa gas itu akan habis semula.Kena cari punca kebocoran dulu,dah jumpa repair bahagian yang bocor.

Memang susah sebenarnya untuk technician nak kenalpasti kebocoran ni,nasib baik jumpa sekejap sahaja.Kadang-kadang tu sampai 2 -3 kali datang pun masih tidak jumpa juga.

Lagi-lagi kalau cooper pipe tanam dalam batu dan panjang.Untuk kenalpasti masalah kebocoran gas aircond ni perlukan technician yang berpengalaman dan mahir.

Kalau datang sekadar topup gas sahaja,masalah tidak akan selesai dan akan berulang lagi.

gas air cond bocor aircond akan jadi ais

Aircond Akan Jadi Ais Sekiranya Gas Bocor.

Baca Juga : 5 Punca Utama Aircond Keluar Air & Cara Atasinya

Sebab itu mereka yang menggunakan khidmat kami,akan diberikan WARRANTY 3 bulan untuk masalah kebocoran gas air cond yang kami baiki.

Ini kerana sekiranya berlaku kebocoran kecil ianya akan mengambil masa 2-3 bulan untuk anda kesan.

Dengan warranty yang kami berikan,anda tak perlu risau lagi.Sekiranya dalam masa 3 bulan aircond anda tak sejuk balik,boleh panggil kami semula tanpa ada extra charge.

Di Adimada Aircond,sekiranya ada masalah gas aircond bocor, kami menggunakan kaedah “pressure test”. Gas nitrogen akan digunakan untuk kaedah ini.

Kita akan kenalpasti tempat yang bocor dan akan baikpulih dengan cara “welding/brazzing” atau menukar alat ganti.

Sebab bukan semua tempat kita boleh repair, ada part yang tak boleh dibaiki contohnya compressor.

Ada kes yang kami jumpa masalah compressor dah berkarat dan berlubang. Takda cara lain bang, baik beli aircond baru jek.

Anda juga boleh Hubungi Kami sekiranya mengalami masalah air cond tak sejuk. Whatsapp kami DISINI

Baca juga artikel saya kongsikan : 5 punca kenapa aircond tak sejuk

 

Syarikat kami Adimada Aircond Services mempunyai technician aircond yang berpengalaman melebihi 15 tahun dalam bidang aircond ni. Beroperasi dari Sungai Buloh ke sekitar Lembah Kelang, Selangor & Kuala Lumpur (kl).

Antara lokasinya seperti:-

  • Sungai Buloh
  • Paya Jaras
  • Subang Bestari
  • Subang Perdana
  • Aircond Service Shah Alam
  • Kota Damansara
  • Damansara Damai
  • Puchong
  • Kuala Lumpur (kl)
  • Gombak
  • Puncak Alam
  • Klang
  • Aircond Service Sg Buloh
  • Dan kawasan berdekatan..

Jangan tunggu sehingga gas air cond habis baru nak panggil technician.Ini kerana kos untuk repair ni mahal. Cuba anda ingat semula bila kali terakhir anda servis aircond.

 

Spread the love

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top